Tugas seorang pengurus yang baik

         Tugas seorang pengurus amat penting dalam sesebuah syarikat.Unuk menjadi seorang pengurus yang baik, pengurus perlu belajar untuk menguruskan masa dengan baik.Bagi mendapatkan pengurusan masa yang baik, pengurus syarikat harus memberi keutamaan dalam menyelesaikan tugas-tugas yang penting dengan mempertimbangkan faktor-faktor seperti berapa lama masa yang diambil untuk menyelesaikan tugas itu, apa kepentingannya kepada orang lain, dan apa yang berlaku jika tugas itu tidak dilakukan.


        Selain itu, pengurus syarikat juga wajib menggunakan jadual tugasan harian dan alat-alat perancangan supaya pekerjaan yang dilakukan akan menjadi lebih produktif seterusnya dapat mengelakkan penangguhan kerja. Antara alat perancangan yang digunakan adalah carta Gantt yang diperkenalkan oleh Henry L. Gantt. Carta Gantt adalah carta berbentuk bar yang menunjukkan susunan langkah-langkah dalam sesuatu projek dan masa yang diperuntukkan bagi menyelesaikan setiap langkah tersebut .


        Dengan menggunakan alat perancangan seperti carta Gantt, pengurus dapat merancang dan tahu akan tahap kemajuan sesuatu program dengan mudah. Penggunaan carta Gantt juga membolehkan Pengurus dalam syarikat mengagihkan masa penggunaan mesin dan masa penggunaan manusia.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alat-alat muzik Cina

Movie yang paling digemar oleh saya

Hobi Saya