Alat-alat muzik Cina

Muzik cina merujuk kepada muzik daripada orang Cina.Antara alat-alat muzik cina adalah seperti berikut:

          1)Pipa


Pipa ialah alat bertali yang mempunyai 4 tali logam. Badannya diperbuat daripada kayu, dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat pada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras di sisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.

 

Fungsi Pipa adalah untuk digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina dan juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian. Pipa dipegang untuk berdiri atas paha pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic apabila tali-tali dipetik.


2)Yangqin


Yangqin merupakan alat muzik tradisional Cina yang jenis ziter. Yangqin mempunyai banyak tali. Badannya diperbuat daripada kayu dalam bentuk rama-rama. Setiap pic mempunyai kembar dua atau kembar tiga. Tali logam sejumlah beberapa oktaf semuanya, 2 hingga 6 set kekuda titian tali diperbuat daripada kayu. Pemulas selaras dari logam didapati di kedua-dua belah kotak suaranya.

 

Fungsi Yangqin adalah digunakan sebagai alat solo untuk hiburan.Yangqin diletak atas meja atau pelapik. Tali-tali diketuk dengan sepasang buluh yang berbentuk tukul kecil, dimainkan oleh seorang pemain yang duduk di hadapannya.


3)Erhu

                Erhu merupakan sejenis alat muzik gesek tradisional Cina. Erhu ialah alat muzik bertali dua-tali, panjang 80 sentimeter dan bentuknya ringkas. Erhu ialah alat yang termasyhur dalam keluarga Hu-qin di China. Jenis- jenis Erhu termasuklah Zhonghu, Gaohu , Banhu , Jinghu, dan sebagainya.

 

   Fungsi Erhu adalah dimainkan dalam bentuk persembahan solo dan juga dalam sekumpulan kecil serta orkestra besar. Erhu didirikan tegap pada riba pemain semasa dimain. Tali digesek dengan sebelah tangan manakala jari-jari tangan lain memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan pelbagai pic, dan digesek seperti Cello.Dengan perkembangan zaman, sesetengah pemain Erhu boleh bermain Erhu dengan berdiri.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Movie yang paling digemar oleh saya

Hobi Saya