Tips untuk menghalang cyberbully
Cyberbully sering berlaku dalam kalangan masyarakat pada hari ini.Antara tips untuk menghalang cyberbully adalah :
1)Jangan bertindak balas
Kadang kala reaksi adalah apa yang dicari oleh pembuli .Pembuli sentiasa fikir bahawa mereka adalah sangat kuat dan suka untuk membuli orang lain melalui laman sesawang.Oleh itu kita tidak harus memberi sebarang komen atau tindak balas kepada mereka.
2)Mendapat pertolongan
Kita digalakkan untuk mendapatkan pertolongan daripada orang lain apabila berlaku cyberbully.Nasihat daripada ibu bapa amat penting kepada sesiapa yang mengalami cyberbully.Oleh itu, kita perlu bercakap masalah kita kepada ibu bapa jika berlaku sebarang cyberbully.
3)Lindungi akaun anda
Jangan kongsi kata laluan akaun kita dengan sesiapa pun.Walaupun kawan baik kita, kita tidak boleh pasti persahabatan kita akan kekal selama-lamaya.Oleh itu, kita tidak harus kongsi kata laluan akaun kita kepada sesiapa agar tidak ada orang akan menyamar akaun kita.
Ulasan
Catat Ulasan