Ciri-ciri seorang penari yang cantik
Setiap penari juga idamkan diri untuk menjadi seorang penari yang terbaik. Antara ciri-ciri untuk menjadi seorang penari yang baik adalah seperti berikut :
1)Disiplin
Pada pandangan saya, seorang penari yang baik perlu mempunyai ciri berdisiplin. Disiplin adalah amat penting dalam melakukan apa-apa perkara juga. Tanpa disiplin, seseorang penari tidak dapat menaik taraf standardnya dalam menari. Hal ini juga menyebabkan penari tersebut tidak dapat memberi persembahan yang lebih cemerlang. Sebagai contoh , tanpa disiplin penari tidak akan mengawal pemakanannya, hal ini akan meningkatkan berat penari dan mempengaruhi prestasi penari itu dalam persembahan. Dari aspek masa pula, tanpa disiplin penari akan selalu lewat dan tidak dapat menjalani latihan menari dalam masa yang ditetapkan. Hal ini akan mempengaruhi rakan-rakan lain yang perlu menunggu penari tersebut disebabkan kelewatannya untuk memulakan latihan persembahan mereka.
2)Menghafal dan menguasai setiap gerak dengan baik
Pada pandangan saya, seorang penari yang baik mempunyai
ciri-ciri seperti menghafal dan menguasi pergerakan yang baik. Dalam apa-apa
persembahan juga, seseorang penari perlu menghafal dan menguasai setiap
pergerakan bagi memastikan mereka memberi persembahan yang sempurna. Setiap
penari harus mengahafal setiap gerak yang sudah ditata oleh koreografer. Penari
yang sentiasa melupakan gerak mereka juga dikenali sebagai seorang penari yang
lemah. Oleh itu, setiap penari harus rajin berlatih sehingga mereka
menghafalkan semua pergerakan serta menguasainya.
3)Bersikap Profesional
Pada pandangan saya, bersikap professional juga merupakan
salah satu ciri-ciri untuk menjadi seorang penari yang baik.Seseorang penari
perlu bersikap profesional dalam latihan tarian mahupun semasa persembahan. Sebagai
contoh , semasa menjalani latihan mungkin akan wujud pertelingkahan, maka
penari perlu bersikap professional dan bertolak ansur dengan mendengar nasihat
orang lain supaya dapat memberikan persembahan yang lebih baik. Hal ini kerana
persembahan menari adalah terdiri daripada sekumpulan orang, kalau seseorang
penari tidak bersikap professional dan sengaja tidak menari dalam pergerakan
yang ditetapkan , malah persembahan tersebut akan dijejas.
4)Bijak mengawal tempo dalam tarian
Pada pandangan saya, seorang penari yang baik mempunyai
ciri-ciri seperti bijak mengawal tempo dalam tarian. Tempo adalah salah satu
dasar tari yang harus dikuasai oleh seorang penari untuk menjadi seorang penari
yang baik. Setiap gerak dalam tari mempunyai tempoh yang beragam mulai dari
slow tempo, medium tempo dan fast tempo. Tempo tersebut juga akan berbeza
mengikut muzik yang perlu dipersembahkan. Penguasaan tempoh amat penting dan
harus diutamakan untuk mengelakkan berlakunya kecatatan dalam sesebuah
persembahan.
Ulasan
Catat Ulasan