Pengajaran yang diperloehi daripada movie kegemaran saya
Movie kegemaran saya adalah interstellar.Pengajaran
yang diperolehi daripada filem ini adalah ada lagi lebih banyak rahsia yang belum
lagi kita ditemui di dunia ini. Menurut filem , terdapat planet lain yang
muncul di galaksi. Mungkin dalam universe yang lain sehari adalah 72 jam. Inilah
keindahan dalam kehidupan kita iaitu selalu ada barang yang baharu untuk
dijumpai oleh kita, selalu ada tempat untuk dilawati oleh kita , selalu ada
orang baru untuk bertemu serta banyak rahsia yang belum dibuka oleh kita lagi.
Pengajaran yang seterusnya adalah Murphy’s Law. Murphy’s Law menyatakan bahawa apa sahaja yang salah akan menjadi salah. Menurut seperti yang apa Cooper cakap dalam filem, Murphy’s Law tidak bermaksud sesuatu perkara yang buruk akan berlaku, malah ia bermakna apa sahaja yang boleh berlaku akan berlaku. Perkara buruk dan baik juga akan berlaku dalam kehidupan kita.Kita mesti memahami bahawa kehidupan kita sentiasa ada keadaan baik dan buruk yang mesti dialami oleh kita. Selain itu, dalam kehidupan kita juga terdapat banyak perkara tertentu yang akan berlaku yang tidak dapat dikendali oleh kita.
Di samping itu,
pengajarannya adalah kita memerlukan masa untuk berinovasi, menemui serta
mengembangkan teknologi. Kita perlu mengetahui bahawa Rome bukan dibina dalam
masa sehari mahupun Iphone yang kita gunakan.Menurut filem , Murph menggunakan
lebih daripada 50 tahun untuk menyelesaikan persamaan yang ingin diselesaikan
oleh Dr Brand. Hal ini menunjukkan tidak kira berapa kali kita cuba , mungkin
ada sekali dalam banyak kalinya kita akan berjaya.Oleh itu, kita mesti tidak
berputus asa dalam membuat apa-apa perkara.
Bukan itu sahaja,
pengajarannya adalah cinta adalah kuat. Menurut percakapan Brand dalam filem ,
dia menyatakan bahawa cinta adalah satu perkara yang kita rasakan menerusi masa
dan ruang. Filem ini bukan sahaja hanya berkaitan dengan teknologi angkasa ,
maka ia juga merupakan fiem yang menunjukkan semua orang bahawa cinta masih
merupakan perkara yang paling kuat di dunia ini. Kita sedang membuat perkara
yang paling indah di dunia ini ketika kita melakukan sesuatu perkara kerana
cinta.
Ulasan
Catat Ulasan