Movie yang paling digemar oleh saya
Movie yang paling digemar oleh saya adalah Interstellar.Interstellar adalah movie yang berkaitan dengan angkasa.Di sini saya akan menjelaskan sinopsis berkaitan dengan movie ini.Pada mulanya, bumi
mengalami ribut pasir. Banyak tumbuh-tumbuhan telah mengalami kepupusan . Hal
ini menyebabkan bumi mengalami krisis kekurangan makanan. Demi mendapatkan
lebih banyak makanan, manusia telah memyumbang banyak modal dalam makanan .
Cooper dulunya ialah seorang
angkasawan dan sekarang menjadi petani demi mengalami krisis makanan ini. Pada
suatu hari, semasa Cooper dan anak perempuannya Murph menonton perlawanan
baseball, ribut pasir telah melanda. Cooper segera balik ke rumah dan Murph
teringat tingkap di biliknya terlupa tutup. Cooper segera pergi ke biliknya
untuk tutup tingkap tersebut dan melihat pasir yang bertaburi dalam bilik Murph
adalah dalam susunan yang teratur .Selepas
Cooper mengkajinya, dia mendapati hal ini adalah disebabkan graviti.
Selepas itu, Cooper diajak oleh Professor
Brand dari NASA untuk menyelesaikan masalah krisis yang dihadapi oleh orang di
bumi. Hal ini dibahagi kepada 2 plan iaitu plan A dan plan
B. Plan A adalah menghantar semua manusia di bumi kepada planet lain yang
sesuai bagi mereka untuk tinggal di planet yang baharu manakala plan B adalah
hanya menghantar genetik manusia kepada planet tersebut untuk memulakan
kehidupan yang baharu. Demi menyelamatlkan semua manusia di bumi, Cooper teleh
bersetuju.
Kemudian,
Cooper dan beberapa orang NASA telah pergi ke angkasa bagi mencari planet yang
sesuai untuk menjadi tempat tinggal baharu manusia .Mereka melepasi wormhole
dan membuat keputusan untuk pergi ke Miller’s planet. Selepas sampai ke Miller’s
planet, terdapat satu gelombang yang kuat melanda, mereka segera melarikan diri
tetapi Doyle telah mengorbankan diri. Dalam masa mereka di planet ini,
sebenarnya di bumi telah berlalu sebanyak 23 tahun , pada masa yang sama Murph
juga sudah menjadi orang dewasa.
Selepas itu , mereka pergi
ke Mann’s planet dan mendapati planet ini tidak sesuai untuk ditinggal oleh
manusia. Demi sampai ke Edmund’s planet, Cooper telah jatuh ke dalam black hole
dan tidak dapat terlepas daripada keempat dimension. Cooper mendapati dia dapat
berkomunikasi dengan Murph melalui ruang masa dalam angkasa. Cooper segera mengambil peluang ini untuk berkomunikasi quantum data
kepada Murph. Dengan mengetahui quantum data ini, Murph telah dapat menyelesaikan
teori graviti dalam Plan A. Akhirnya, Cooper telah bangun dari “Cooper Station”
iaitu satu station yang mengorbit Saturn dan telah berjumpa semula dengan Murph
yang telah dewasa.
Ulasan
Catat Ulasan