Tips Untuk Mengurang Tekanan
Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan. Hal ini bertepatan dengan maksud peribahasa, bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora. Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi itu berbeza-beza tahapnya. Tekanan yang dihadapi oleh golongan dewasa mungkin akibat memikirkan masalah keluarga, kewangan atau kerjaya, manakala bagi remaja pula tekanan yang dihadapi mungkin berkaitan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan atau masalah yang berkaitan dengan keluarga.Antara tips untuk mengurangkan tekanan adalah:
1)Mendengar Muzik
Kalau kita berasa amat dalam keadaan tekanan, kit boleh cuba untuk mendengar muzik.Muzik akan memberi posotif effect kepada otak dan badan kita.Bukan itu sahaja, muzik juga boleh merendahkan darah pressure kita. Hal ini membolehkan kita berada dalam keadaaan yang amat tenang.
2)Berkomunikasi dengan kawan
Kita harus berkomunikasi dengan bercakap masalah kita yang hadapi kepada kawan bagi mengurangkan tekanan kita.Kawan merupakan pendengar yang paling sesuai kepada kita.Dengan meluahkan perasaan kita, mungkin kawan akan memberi cadangan yang lebih baik bagi kita untuk mengurangkan tekanan.
3)Bersenam
Bersenam bukan maksudnya mesti menbuat gym atau berjogging.Berjalan-jalan di taman yang berhampiran kepada rumah kita juga merupakan suatu senaman.Hal ini dapat menyegarkan minda kita dan membantu kita mengurangkan stres.
4)Tidur yang baik
Setiap orang mengetahui bahawa tekanan akan menyebabkan kita tidak dapat tidur dengan lena.Sebaliknya, tidur yang tiduk mencukupi juga akan meningkatkan tekanan kita.Hal ini kerana otak dan badan kita tidak mendapat rehat yang mencukupi.
Ulasan
Catat Ulasan