Hobi Saya

                Setiap orang mempunyai hobi masing-masing, maka hobi saya agak berlainan dengan orang lain.Hobi saya ialah bermain badminton.Dengan pengaruh bapa saya yang gemar bermain badminton, saya telah bermula bermain badminton pada usia 6 tahun .Pada umur 8 tahun , bapa saya telah menghantar saya ke akademi badminton untuk menerima lathihan badminton.Hal ini mempengaruhi saya juga gemar bermain badminton sejak kecil lagi .

               
                Saya banyak berbeza dengan kawan-kawan saya yang umur berhampiran dengan saya sejak kecil lagi.Kebanyakan mereka mempunyai banyak masa lapang selepas mereka menghabiskan pelajaran di sekolah. Maka saya perlu pergi ke akademi badminton untuk gigih menjalani latihan. Dalam akademi badminton , tujuan kita menjalani latihan badminton adalah untuk mempelajari skill-skill baharu dan meningkatkan stamina badan.

                Saya masih ingat bahawa saya menjalani latihan badminton sebanyak 4 hari seminggu.Hal ini menyebabkan saya mahir dalam bermain badminton dalam masa yang singkat. Saya juga berjaya memenangi banyak badminton tournament . 


                Kini, apabila saya melihat medal-medal tournament yang saya menang dulu, saya berasa amat bangga dan bersyukur kerana bapa saya memberi peluang untuk saya mempelajari bermain badminton .Hal ini memberi banyak kenangan yang baik kepada saya dan memberi peluang kepada saya untuk mengenali kawan-kawan yang baharu. Saya amat berterima kasih kepada bapa saya .










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alat-alat muzik Cina

Movie yang paling digemar oleh saya