Tips Mengelakkan Covid-19

 Penularan COVID-19 telah memberi impak besar kepada setiap orang. Orang yang mengalami penyakit covid 19 akan mempunyai syndrome demam, batuk , berasa penat dan sebagainya. Di sini terdapat beberapa tips untuk mengelakkan seseorang mengalami penyakit covid 19.


1)Sentiasa membasuh tangan

Kita kena sentiasa guna sabun untuk mencuci tangan sekurang-kurangnya selama 20 saat.Sabun yang digunakan juga boleh merupakan sabun antibacteria.Kalau kita tidak mencuci tangan dengan bersih , kita juga digalakkan untuk menggunakan hand sanitizer.


2)Kurangkan pergi ke luar

Kita perlu mengambil jarak physical dengan orang lain. Oleh itu , kita digalakkan untuk kurang pergi ke luar jika tidak mempunyai sebarang urusan yang penting. Sekiranya kita mesti keluar, kita harus menjarakkan diri dengan orang lain sekurang-kurangnya 2m untuk mengelakkan virus orang lain menyebar kepada kita.

3)Mengelakkan makan atau minum di tempat awam

Pada masa pendemik ini bukan merupakan masa yang betul kita makan atau minum di tempat awam.Hal ini kerana di tempat awam akan dibanjiri oleh orang ramai.Maka, tempat awam mempunyai risiko yang tinggi sebagai tempat bagi virus untuk menyebar.Bukan itu sahaja, virus juga mampu menyebar melalui makanan dan pinggan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alat-alat muzik Cina

Movie yang paling digemar oleh saya

Hobi Saya