Tips untuk meningkatkan ketinggian
Terdapat beberapa faktor akan menyumbang kepada ketinggian setiap orang.Menurut laporan, faktor genetik menyumbang 60 hingga 80 peratus dari ketinggian akhir sesorang. Terdapat beberapa tips untuk meningkatkan ketinggian yang digalakkan kepada kanak-kanak semasa pertumbuhan mereka.Antaranya adalah:
1)Kekal aktif
Kita digalakkan sentiasa membuat senaman.Hal ini bukan sahaja menyebabkan otot dan tulang kita lebih kuat, malah dapat mengekalkan barat badan yang sihat juga. Kita digalakkan untuk membuat senaman sekurang-kurangnya selama sejam sehari.Hal ini bukan sahaja membantu dalam tumbesaran seseorang, malah dapat meningkatkan ketinggian juga.
2)Mengamalakan postur badan yang baik
Postur badan yang lemah akan menyebabkan kita kelihatan lebih rendah daripada sebenarnya.Dari semasa ke semasa, postur badan yang lemah juga akan menjejaskan ketinggian kita.Kita perlu ingat bahawa postur kita berdiri, duduk dan tidur adalah amat penting.
3)Makan makanan yang seimbang
Dalam masa pertumbuhan kita, kita harus mendapatkan semua nutrients yang diperlukan oleh badan kita.Dalam pemakanan kita harus termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, protein , carbohydrates dan sebagainya.Vitamin D juga amat penting kepada tulang kita.Tulang yang sihat akan memberi impak yang baik kepada ketinggian kita.
Ulasan
Catat Ulasan