Tips untuk meningkatkan motivasi
Setiap orang mempunyai masa tentu di mana kita menyemak kerja yang hendak disiapkan oleh kita.Kita sesekali akan perasan kita tidak dapat menyiapkan kerja kita dalam masa yang ditetapkan. Hal ini adalah disebabkan motivasi. Antara tips untuk meningkatkan motivasi adalah:
1)Menetapkan matlamat kecil
Kita harus sentiasa mempunyai target kita yang hendak dicapai.Sebagai conoth, kita harus menetapkan matlamat kecil iaitu perkara yang hendak diselesaikan oleh kita setiap hari.Hal ini akan memberi motivasi kepada kita untuk menyelesaikan perkara tersebut.
2)Kekal minda yang positif
Jika kita selalu berfikiran negatif, kita akan hilang keyakinan diri dan akan hilang motivasi kita juga.Oleh itu, kita perlu mengekalkan minda yang postif .Dengan minda yang positif, kita tidak akan berputus asa kalau kita menghadapi sebarang cabaran.
3)Mengambil rehat
Jika kita telah penat bekerja setiap hari, kita perli mengambil masa untuk rehat.Masa ini amat penting kerana dapat merehatkan minda dan menyenangkan badan kita.Selepas rehat, kita akan lebih energetic dan mempunyai motivasi untuk membuat kerja yang seterusnya.
Ulasan
Catat Ulasan