Langkah-langkah yang harus diambil oleh syarikat untuk memastikan kelangsungan operasi syarikat
Penularan Covid 19 telah menjejaskan banyak orang tertutamanya dalam bidang ekonomi.Antara angkah-langkah persediaan yang diambil untuk memastikan kelangsungan syarikat adalah untuk menyusun semula strategi perniagaan. Syarikat akan mengambil peluang untuk menilai dan menyusun semula strategi perniagaannya.Sebagai contoh, syarikat harus mula menjalankan perniagaan secara atas talian kerana perniagaan secara atas talian mempunyai potensi yang tinggi pada masa hadapan.
Di samping itu , langkah lain adalah dengan menyediakan pelan perancangan masa hadapan yang menyeluruh. Sebagai contoh, syarkat wajib menetapkan sasaran jualan tahunan yang hendak dicapai. Sasaran jualan ini akan memberi motivasi kepada pekerja untuk meningkatkan prestasi mereka bagi mencapai sasaran tersebut. Selain itu, dengan mempunyai pelan perancangan , ia juga akan mengelakkan syarikat mengalami krisis kewangan jika menghadapi sesuatu bencana atau krisis.
Bukan itu sahaja, langkahnya adalah untuk menyesuaikan sistem baharu pekerjaan yang lebih fleksibel. Sebagai contoh, semasa pandemik COVID-19 ini, kerajaan meminta semua pekerja untuk bekerja di rumah masing-masing. Oleh itu, syarikat perlu menyesuaikan sistem pekerjaan yang lebih fleksibel ini seperti membuat perjumpaan berbincang akan hal perniagaan dengan semua pekerja secara atas talian. Sistem pekerjaan yang lebih fleksibel ini juga banyak membawa manfaat kepada syarikat seperti dapat mengurangkan kos perniagaan di samping mengekalkan keuntungan perniagaan.
Ulasan
Catat Ulasan