Jenis tarian Cina

 Tarian Cina mempunyai pelbagai jenis.Antara tarian cina yang paling menarik adalah seperti berikut : 


1)Tarian Kipas Cina 

Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.


2)Tarian Sapu Tangan 

 Tarian Sapu tangan  merupakan tarian rakyat yang menceritakan tentang kehidupan bekerja.Tarian ini terkenal di kawasan luar bandar Cina.Tarian ini  juga merupakan salah satu tarian rakyat yang terawal di China.Tarian ini berasal dari masyarakat berbangsa Han.Setiap daerah mempunyai gaya Yang Ge  tersendiri iaitu berdasarkan pembuatan sapu tangan dari kain sutera atau kain baldu dengan dihiasi cantik dengan manik-manik dan pergerakan kaki ketika menarikan tarian ini.Penggunaan sapu tangan melambangkan bunga di mana ia memiliki bunga-bunga yang berkembang di musim bunga,kedatangan burung-burung dan juga rama-rama yang berterbangan mencari bunga yang segar.Tarian ini juga ditarikan kepada penonton dan pengunjung sebagai tarian Selamat Datang.Tarian ini sering ditarikan di majlis keramaian dan pesta-pesta.Pada asalnya tarian ini ditarikan di padang,jalan raya dan tempat terbuka.Berdiri atas papan dan pergerakan memutar pinggang adalah ciri-ciri yang paling ketara dalam Dong Bei Yang Ge.Dalam tarian ini mempunyai gaya dan ciri-ciri tersendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alat-alat muzik Cina

Movie yang paling digemar oleh saya

Hobi Saya