Cadangan untuk mengekalkan kelestarian perniagaan

  Penularan Covid 19 telah menyebabkan semua ekonomi negara merosot .Hal ini telah menjejaskan
banyak syarikat yang beroperasi pada pandemik ini.Antara cadangan untuk mengekalkan kelestarian
perniagaan adalah seperti beikut :



  1. Sentiasa peka akan perubahan persekitaran.

Persekitaran umum mempunyai hubungan secara tidak langsung ke atas perniagaan . Kita perlu sentiasa peka akan perubahan persekitarannya. Banyakkan pembacaan dan memanfaatkan teknologi yang ada sekarang untuk mengetahui tentang isu-isu semasa. Dengan mengetahui akan perubahan yang berlaku dalam persekitaran perniagaan, kita dapat merancang pelbagai pelan supaya perniagaan dapat dikekalkan.


2. Mempelbagaikan gaya pemasaran 

Pemasaran merupakan proses memperkenalkan produk atau perkhidmatan kepada pengguna yang berpotensi. Antara aspek pemasaran adalah seperti pengiklanan, perhubungan awam, promosi dan jualan. Tujuan pemasaran adalah untuk memaksimumkan keuntungan bagi sesebuah perniagaan. Jadi, sesebuah syarikat itu perlulah berani mencuba pelbagai jenis pemasaran yang mendatangkan keuntungan di dalam dunia perniagaan ini kerana pemasaranlah yang menjadi punca hadirnya keuntungan dalam perniagaan.



3.Mempunyai aliran tunai yang kukuh

Aliran tunai yang kukuh amat penting kepada sesuatu perniagaan bagi memastikan perniagaan tersebut dapat kekal beroperasi dengan lancar .Syarikat harus mempunyai aliran tunai yang kukuh iaitu mampu bertahan sekurang-kurangnya selama 6 bulan sebagai wang  kegunaan ketika kecemasan. Jika sesuatu perniagaan berjalan tanpa memberi tumpuan kepada pengurusan aliran tunai, perniagaan tersebut akan menghadapi risiko yang tinggi melibatkan dirinya dalam krisis kewangan. Hal ini kerana aliran tunai yang kukuh mampu mengelakkan sesuatu perniagaan menghadapi sebarang masalah kewangan jika berlaku sebarang kecemasan atau krisis. Sebagai contoh, pada masa pandemik ini, banyak perniagaan telah muflis disebabkan perniagaan mereka tidak mempunyai  aliran tunai yang kukuh dan tidak mempunyai sebarang simpanan untuk kegunaan kecemasan.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alat-alat muzik Cina

Movie yang paling digemar oleh saya

Hobi Saya