Tempat Makanan Terkenal Di Tempat Lahir Saya

                    Saya merupakan seorang pelajar yang berumur 21tahun dan sedang menuntut pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya berasal dari Klang , Selangor . Terdapat beberapa makanan terkenal di Klang yang menjadi makanan kegemaran orang lain. Antaranya adalah :


1)Chong Kok Kopitiam 

       Lokasi : 5, Jalan Stesen, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor


Chong Kok Kopitiam terkenal dengan roti bakar dan kopi O panas , tempat ini adalah tempat kegemaran orang klang setiap pagi .Chong Kok Kopitiam telah berniaga sejak tahun 1940, ia merupakan kopitiam yang mempunyai unsur hainan. Setiap hari tempat ini akan dipenuhi oleh pelancong terutamanya pada hari Ahad .

2) Kedai Makanan Ayam Goreng dan Minuman Yao Yao Ping
    Lokasi : 1503, Jalan Young, Pandamaran, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor

Bos kedai ini telah menghasilkan banyak yao yao ping iaitu ice blended yang mempunyai pelbagai rasa termasuk asam, bobocaca, mango, tembikai dan lain-lain. Ayam goreng di kedai ini juga amat krispy dan sedap .Di kedai ini, menikmati ayam goreng dan yao yao ping merupakan padanan yang sempurna .

3) Kedai Kek Pandan Layer
     Lokasi : 70, Jalan Raya Timur, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor
Kedai ini telah berniaga selama 30 tahun. Setiap hari apabila kita melalui tempat tersebut, kita akan melihat orang banyak yang beratur untuk membeli kek pandan layer yang mempunyai populariti yang amat tinggi . Bukan itu sahaja, kedai ini juga menjual kek-kek yang berlainan rasa termasuk coklat kek,fruits kek, butter kek dan sebagainya.

4) Restoran Boston Baru
     Lokasi : Jalan Kapar, Kawasan 18, 41000 Klang, Selangor
Restoran ini berniaga pada pukul 7 malam setiap hari . Antara makanan yang terkenal di restoran ini adalah telur masin udang, kuey teow goreng , lala soup , hokkien mi dan sebagainya. Makanan tersebut adalah makanan yang pasti akan diorder oleh orang klang dan pelancong-pelancong .



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alat-alat muzik Cina

Movie yang paling digemar oleh saya

Hobi Saya